Thursday, November 12, 2015

Artist Biodata

ZainaLong

           Zainal Long dilahirkan pada 24hb Ogos 1950 di Kuala Terengganu. Beliau mula meminati bidang seni lukis sejak seawal usia 8 tahun. Sehingga kini, beliau telah berjaya menghasilkan karya melebihi 600 buah lukisan. Beliau mula mendapat perhatian umum sejak tahun 1968.

          Antara koleksi pameran kekal yang dilukis beliau terdapat di Dewan Banquet tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu; Lembaga Muzium Negeri Terengganu; ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Terengganu; Galaria Perdana di Langkawi; dan beberapa buah hotel di sekitar Kuala Terengganu.

          Pada tahun 1972, iaitu ketika beliau berumur 22 tahun, beliau telah menyertai satu pameran lukisan di Osaka, Jepun yang dianjurkan oleh Majlis Belia & Sukan Negeri Terengganu. Kira-kira 7 tahun kemudian, beliau mendapat tawaran kursus bidang seni lukis di sana tetapi terpaksa menolaknya atas sebab-sebab peribadi.

         Pernah memenangi tempat pertama sebanyak 4 kali dalam pertandingan lukisan berbentuk potret pada tahun 1965, 1968, 1971 dan 1976 yang dianjurkan oleh Majlis Belia 4B, sekolah-sekolah menengah dan Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu.

         Pencapaian yang membanggakan sepanjang karier beliau ialah sebuah figure bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Karya itu mendapat penghargaan tinggi dari kerajaan Malaysia dan telah dijadikan sebagai pameran kekal di Galaria Perdana di Langkawi.

        Selain itu, karya-karya Salasilah Kesultanan Melayu Terengganu, Menteri-menteri Besar dan Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Kesemua karya tersebut yang kini berada di Pejabat Kerajaan Wisma Darul Iman tingkat 18 (Dewan Banquet) dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu pernah diselitkan ke dalam sebuah filem tempatan berjudul "Perempuan Melayu Terakhir" arahan Erma Fatima. Koleksi karya-karya ini juga telah diabadikan ke dalam Buku Rasmi Diraja sempena Hari Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 4hb Mac 1999.

         Tidak lupa juga potret Almarhum DYMM Sultan Abu Bakar di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang dan dua buah figure Allahyarham Dato' Onn Jaafar yang kini sebagai koleksi tetap Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor.

Buku Rasmi Diraja bersempena Hari Pertabalan DYMM Sultan Terengganu

Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 4 September 1993


No comments:

Post a Comment